,
Hiburan

Kenal Tunang Menerusi Rakan Baik, Adriana Adnan Bakal Nikah 31 Ogos 2019

Zulaikha Yusof
17/12/2018
09:06 MYT
Pengacara HLive dan pelakon, Adriana Adnan, 23, mendedahkan dia mengenali tunangnya, Harez Hazim Hazrin, 27, melalui kawan baiknya, Yaya Zahir.
Menurut Adriana, Harez menepati karakter lelaki pilihan hatinya.
"Harez merupakan kawan Yaya sejak kecil lagi, dari situ bermula perkenalan saya dengan Harez.
"Hampir dua tahun tempoh perkenalan kami dan alhamdulillah saya berasa selesa dengan dia.
"Dia memahami karier saya serta sentiasa menyokong segala yang dilakukan oleh saya," katanya.
Tambah pelakon Suri Hati Mr Pilot itu berkata mengikut perancangan dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun depan.
"Saya akan menamatkan pengajian saya terlebih dahulu dalam bidang perakaunan peringkat sarjana ijazah muda yang dijangka berakhir sebulan sebelum tarikh saya berkahwin.
"Insya-Allah kami akan dinikahkan pada 31 Ogos tahun depan. Doakan lah untuk kami semoga segalanya dipermudahkan," katanya kepada Gempak.
Adriana dan Harez selamat melangsungkan pertunangan di kediaman keluarganya di Bukit Segambut, Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

Tak Hiraukan Larangan Bergambar, Lelaki Mati Dipijak Gajah Depan Tunang

gempak
10/07/2024
13:00 MYT
Seorang pelancong dari Sepanyol maut dalam keadaan mengerikan selepas dipijak sekumpulan gajah yang berang dengan tindakannya turun dari kenderaan untuk merakamkan gambar.
Hiburan

Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"

gempak
03/07/2024
05:15 MYT
Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.
Hiburan

Ayu Ting Ting Sahkan Putus Tunang Dengan Tentera: “Allah Menjaga Saya…”

gempak
02/07/2024
01:25 MYT
Ayu Ting Ting akhirnya memberi kenyataan tentang spekulasi hubungan pertunangan dengan Lettu Muhammad Fardhana yang sudah berakhir.