Filem KKN Di Desa Penari semakin hangat diperkatakan. Sejak diluncurkan di Indonesia, filem berkenaan telah ditonton lebih 6 juta penonton, memecah beberapa rekod tontonan panggung wayang di Indonesia.

Di sebalik ketularan kisah sebenar yang diangkat menerusi filem berkenaan, watak utamanya, Bima yang dijayakan oleh pelakon Achmad Megantara.

A post shared by Achmad Megantara (@megantaraaa)


Sejak menceburkan diri dalam dunia hiburan, Achmad, 24, telah mencapai banyak kejayaan baik dalam bidang seni lakonan mahupun suara.

Selain KKN Di Desa Penari, antara filem lain lakonannya termasuklah Terima Kasih Cinta, Taufiq: Lelaki Yang Menantang Badai, Rasuk 2 dan Backstage.

Langkahnya bermula selepas dia terlibat dalam sebuah telefilem berjudul Berpacu Mengejar Pempek Melodi pada 2015.

Selain tawaran berlakon yang diterima oleh Achmad, lelaki kelahiran Jakarta itu turut pernah merakamkan lagu duet bersama Reygan dan meluncurkan single berjudul Terindah Di Hidupku bersama Rey Mbyang, suami kepada Dinda Hauw.

Menyorot kisah peribadinya pula, Achmad pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Syifa Hadju. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan hubungan cinta yang terbina terputus di tengah jalan.

A post shared by Achmad Megantara (@megantaraaa)


Tidak tunggu lama, Achmad kemudian mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 22 Januari lalu dengan wanita bernama Asri Faradila Sam Putri.

Ditanya kenapa dia memilih untuk bernikah, Achmad berkata: “Bagi saya, tujuan menikah itu satu, agama. Kemudian, kedua kalau diberi rezeki oleh Allah, keturunan anak soleh dan solehah,” tuturnya menerusi sebuah wawancara yang diterbitkan di YouTube SCTV.

KKN Di Desa Penari kini ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.