gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hari Ibarat Rollerrcoaster! Bella Astillah Syukur Sempat Hadir Konsert Ballet Ara Lepas Ayden Jatuh - “Mummy Dia Menangis…”
HIBURAN
Kes Cerai Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Ditangguh - “Kalau Mahkamah Kata Jatuh Talak 2, Mungkin Boleh Rujuk”
HIBURAN
Amir Raja Lawak Terpaksa Tolak Tawaran Ke Tanah Suci, Situasi Keluarga Tak Mengizinkan - “Teringin Ke Sana, Berdoa Lama-Lama & Mengadu Pada Allah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kenali Cenderawasih, Duo Adik Beradik Berbangsa India Penyanyi Lagu Evergreen ‘Bersama Di Hari Raya’ - "Suara Masih Mantap"

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
29/03/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Kenali Cenderawasih, Duo Adik Beradik Berbangsa India Penyanyi Lagu Evergreen ‘Bersama Di Hari Raya’ - "Suara Masih Mantap"
Tular di media sosial apabila lagu Bersama Di Hari Raya nyanyian kumpulan Cenderawasih kembali mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian seorang individu bernama Nurul Amalina Zainudin, ramai netizen terkejut apabila mengetahui lagu ikonik itu sebenarnya dinyanyikan oleh duo adik-beradik berbangsa India, Irene dan Helen Savaree.
Menariknya, lagu Bersama Di Hari Raya telah dirakam sekitar tahun 1985, menjadikannya kini berusia 40 tahun. Walaupun berdekad lamanya, lagu ini tetap menjadi siulan setiap kali tiba musim perayaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Cenderawasih kerana menyampaikan lagu raya yang begitu bermakna, selain memuji vokal mereka yang masih kedengaran sama seperti versi asal.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Untuk info, selain kumpulan Cenderawasih yang menyanyikan lagu Hari Raya, terdapat satu lagi kumpulan bukan Melayu yang turut mencipta nama dalam industri muzik Malaysia ialah Alleycats, yang diasaskan oleh Datuk David Arumugam.
Lagu raya mereka, Berita Dari Rantau, yang dikeluarkan pada tahun 2004, juga sering menjadi pilihan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Lagu
#Raya
#India
#Adik
#Bangsa
#Puji
#Beradik
#Cenderawasih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement