GAYA HIDUP
Kenali Dua Jenis Batuk Dan Cara Merawatnya!
Batuk boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu berkahak dan tidak berkahak.
Namun tahukah anda ada beberapa cara yang boleh menghilangkan masalah batuk dan kahak?
Sebelum itu, satu perkara yang perlu anda ketahui kahak sebenarnya boleh mengeluarkan bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit.
Ia bagaikan sesuatu agen merawat penyakit yang semula jadi. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah batuk yang berkahak, anggaplah ia sesuatu yang baik sebenarnya.
Namun jika dibiarkan berlarutan ia boleh menjadi penyakit dan membahayakan!
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan dan melegakan kedua-dua jenis batuk ini, iaitu:
1. Minum air masak secukupnya apabila tekak mula berasa gatal dan tidak selesa. Elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus
2. Guna sapuan balm pada bahagian leher dan dada. Biarkan selama 20 minit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
3 . Ambil ubat batuk seperti Breacol yang dirumus dengan Guaifenesin. Breacol dengan Guaifenesin dipercayai sejak turun-temurun untuk melegakan batuk serta mencairkan dan mengeluarkan kahak.

Jenama yang dipercayai sejak turun-temurun ini juga sangat berkesan meredakan gangguan dan keperitan kerongkong.
4. Guna Nasal Spray yang berasaskan salina kerana bahan tersebut boleh melegakan kesesakan hidung. Nasal Spray juga boleh menolong mencairkan mukus di dalam hidung dan tekak anda.A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on
5. Hirup Kelembapan kerana ia boleh melegakan tekak anda daripada bahan asing. Anda boleh mencuba pilihan di bawah:
- Mandi dengan air suam dan berendam (sekiranya boleh). Luangkan masa antara 15 hingga 20 minit menghirup kelembapan/wap yang dihasilkan oleh air suam tersebut.
- Menggunakan humidifier. Alat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai ubat dan farmasi. Letakkan alat tersebut berdekatan dengan anda agar boleh menghirupnya semasa anda tidur.
- Sekiranya anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan di atas, anda boleh mengelakkan badan anda daripada menjadi kering dengan banyakkan minum air.
Ini Iklan Produk Ubat l MAL 13115225XC l MAL13115228XC l KKLIU 3089/2017
Foto: Google
Must-Watch Video