Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenali Empat Jenis Banjir Di Malaysia Yang Korang Patut Tahu!

Muhammad Ridhwan Roslan
29/12/2023 05:52 MYT
Situasi bencana banjir yang sering melanda negara kita tidak asing lagi lebih-lebih lagi bila musim tengkujuh.

Tapi adakah korang kenal jenis-jenis banjir yang terjadi dan apakah maknanya? Jom kita baca! Mengikut nadma, terdapat beberapa jenis banjir yang terjadi dan boleh di kenal pasti!

Antara banjir yang ada adalah seperti:
1. Banjir Monsun
Banjir Monsun adalah banjir yang berpunca daripada keamatan hujan yang tinggi dan berterusan (melebihi daripada 6 jam) pada musim monsun timur laut atau tengkujuh.

Antara petunjuk yang korang boleh rujuk seperti, Lumpur, Aras air sungai tinggi dan lambat surut.

2. Banjir Kilat
Banjir yang berlaku dan surut dalam tempoh kurang dari 6 jam disebabkan hujan yang bersifat setempat dan tidak lebih daripada 6 jam.

Petunjuk bagi banjir kilat adalah air banjir uang naik mendadak namun ianya cepat surut.

3. Banjir Pantai
Banjir akibat kadar penurunan hujan yang tinggi dan kenaikkan air laut semasa air pasang dan melebihi tebing sungai. Petunjuk banjir pantai seperti Air laut pasang tinggi.

4. Banjir Genang
Banjir monsun /kilat/pasang surut di kawasan rendah yang mana air tidak dapat mengalir keluar dan bertakung pada tempoh yang sangat lama.

Cara untuk korang nak tahu tanda-tanda banjir Genang ni adalah seperti lumpur yang banyak, air yang lambat surut, serta aras air sungai yang tinggi.

Jadi, korang haruslah kena senantiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap keadaan banjir yang mana yang sedang melanda korang dan apakah tindakan yang korang boleh ambil.

Ingat, Jangan mandi air hujan dan selalu peka!



Rujukan: https://www.nadma.gov.my/ms/media-2/infografik-dan-poster/729-jenis-jenis-banjir
#Banjir #Trivia #NADMA #Kilat #Jenis #Monsun
;