Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenali Farhatul Fairuzah, Gadis Cantik Berusia 19 Tahun Yang Bergelar Juara Tilawah Antarabangsa

Kamaruddin Razal
21/04/2019 22:07 MYT
Sedap mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu, lapor Astro Awani.

Mari semak beberapa perkara menarik berkenaan gadis berusia 19 tahun ini dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

- Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

Dalam hati ade taman???? #WanitaMelayuTerakhir ??

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on


- Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

- Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

- Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

Tahniahhh my sistur2 @norfaiza8 @tiyavenisa ? #KamiAdikBeradik #SamakeMuke btw,Doakan kak @norfaiza8 dpt buat yg terbaik dlm peringkat kebangsaan nanti.. gudluck? n kak @tiyavenisa usaha lagi okayy?? #SuaraUnik

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on


- Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

- Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara

- Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

Sumber: Astro Awani
#Viral #Viral
;