Kenali Jefri Nichol, Jejaka IT Kacak Pelakon Filem Jailangkung

Kamaruddin Razal
Ogos 11, 2017 13:07 MYT
Nama Jefri Nichol mungkin sedikit asing di telinga peminat dunia lakonan di Malaysia.
Namun begitu, jejaka tampan ini mula mencuri tumpuan dan mencipta nama di Indonesia.
Membintangi filem seram Jailangkung yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia semenjak 10 Ogos, filem tersebut telah terlebih dahulu sukses di Indonesia.
Filem Jailangkung menerima respon yang sangat baik dan mendapat kunjungan lebih dua juta penonton di pawagam-pawagam Indonesia.
Astro Gempak menyenaraikan lima fakta mengenai jejaka kacak ini.
Berdarah Minang
Jefri Nichol yang senang dipanggil Nichol adalah jejaka berdarah Minangkabau. Lahir di Jakarta pada tanggal 15 Januari 1999, Nichol baru sahaja berusia 18 tahun.
Budak IT
Ayah Nichol merupakan seorang usahawan yang bernama John Hendri. Ayah Nichol mempunyai perniagaan dalam bidang 'information technology' (IT) di ITC Ambassador, Jakarta. Sebelum terjun ke dunia lakonan, Nichol merupakan pelajar jurusan IT.
Mula Berlakon Semenjak 2013
Nichol pertama kali berlakon menerusi sebuah sinetron yang berjudul Kami Rindu Ayah pada tahun 2013. Setelah dikenali sebagai pelakon sinetron, Nichol membintangi filem pertama berjudul Pertaruhan yang ditayangkan pada Februari lalu.
Bintangi Lima Filem Pada Tahun 2017
Selain Pertaruhan dan Jailangkung, Nichol turut membintangi tiga filem lain yang ditayangkan pada tahun ini. Filem tersebut adalah Dear Nathan, A: Aku, Benci & Cinta dan One Fine Day.
Dah Ada Awek!
Biarpun sering digosipkan dengan Amanda Rawles, hati Nichol dimiliki oleh orang lain. Jejaka kacak ini sedang bercinta dengan seorang pelakon baru yang bernama Shenina Cinnamon.
Jangan lupa saksikan filem seram Jailangkung yang turut dijayakan oleh Amanda Rawles, Wulan Guritno, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi dan ramai lagi.
Filem yang dibawakan oleh Astro Shaw ini mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 10 Ogos 2017.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Bookmyshow
#Astro Shaw #Jailangkung #Jefri Nichol