Viral
Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki
Baru baru ini, tular sebuah video di media sosial mengenai seorang wanita yang memiliki suara garau seakan-akan lelaki dewasa.
Nazrah atau nama sebenarnya Nurnazrah Abd Samat itu juga telah banyak memuat naik video nya di akaun TikTok miliknya sehingga berjaya meraih perhatian netizen.
Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata keliru sehingga ada yang mengatakan Nazrah bukan sahaja menggunakan filter suara malah ada juga yang menyangka dia adalah seorang lelaki yang memakai pakaian wanita.
Membidas sangkaan netizen yang mendakwa dia menipu, Nazrah ini sehingga spill gambar bersama keluarga untuk membuktikan bahawa dia adalah wanita tulen menerusi video yang dikongsi melalui akaun TikToknya
“Korang tak boleh cakap aku tipu lagi yeay,” tulisnya di caption video itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Nazrah turut menjelaskan bahawa suaranya yang “pecah” seperti lelaki ini adalah disebabkan oleh perubahan episod keremajaannya.
Bagaimanapun, Nazrah tidak bimbang dengan sebarang tanggapan atau komen orang tentang dirinya malah dia bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan mampu menerima dirinya.
Berita Trending: Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan
Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 124.5 ribu sukaan dan 3.1 tontonan di aplikasi TikTok.Must-Watch Video