Gempak Most Wanted

Kenali 'Queen Of Trending' Salma Salsabil Yang Tercalon Dalam BBNU Indonesia Gempak Most Wanted!

Asyikin Mayudin
27/06/2023
11:50 MYT
Nama Salma Salsabil tercalon dalam kategori Penyanyi Baru Indonesia Paling Popular Gempak Most Wanted, bersaing dengan bintang-bintang hebat seperti Fabio Asher, Lyodra, Tiara Andini dan Stevan Pasaribu.
Mungkin masih ramai yang tidak mengenali Salma yang juga adalah pemenang Indonesian Idol bagi musim yang ke-12 sekaligus menjadi penyanyi wanita berhijab pertama juara sepanjang sejarah program tersebut.
Jom kita kenali gadis bernama Salma Salsabil yang terkenal menerusi lagu Menghargai Kata Rindu;
Nama penuh: Salma Salsabil 'Aliyyah Putri Mandaya
Tarikh/tempat lahir: 12 Februari 2002 (21 tahun), Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.
8 Fakta menarik;
  1. Ketika di bangku sekolah, Salma menyertai kelab Seni Muziik Klasik dan banyak kali mewakili sekolahnya dalam pertanding muzik sehingga ke peringkat national.
  2. Salma turut aktif menadi penyanyi di sebuah kafe, majlis pernikahan dan pelbagai acara.
  3. Selepas tamat persekolahan pada 2020, Salma kini menyambung penganjiannya di Institut Seni Indonesia Yogyakarta.
  4. Salma juga pernah menyertai program Idola Cilik musim ke-4, The Voice Kids Indonesia musim pertama, Rising Star Indonesia musim kedua, Sunsilk Hijab Hunt 2017 dan The Voice Indonesia musim ketiga.
  5. Gagal memperolehi gelaran juara, namun Salma pernah digelar sebagai ‘artis gagal’ disebabkan kalah dalam setiap pertandingan yang disertainya.
  6. Bagaimanapun semangat Salma kembali bangkit dan memenangi Indonesian Idol musim ke-12 mengalahkan Nabila Taqiyyah menerusi persaingan suara dalam segmen Result & Reunion yang berlangsung pada 22 Mei 2023.
  7. Sepanjang dalam program itu, Salma juga mendapat gelaran sebabagi Queen of Trending dan Queeon of Standing Ovation.
  8. Juri program, Judika dan Rossa juga berkata Salma telah menciptakan benchmark baru yang sangat tinggi untuk Indonesian Idol musim seterusnya.
Nak tahu apa lagi yang menarik?
Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Janda Baik Festival

gempak
03/07/2024
14:16 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Ke The Hardest Singing Show Minggu Kesembilan

gempak
03/07/2024
14:00 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Ke The Hardest Singing Show Minggu Kelapan

gempak
26/06/2024
16:34 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Ke The Hardest Singing Show Minggu Ketujuh

gempak
19/06/2024
14:54 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Ke The Hardest Singing Show Minggu Keenam

gempak
12/06/2024
11:22 MYT