,
Viral

Kenali Tiga Saintis Wanita Tempatan Pemenang Anugerah L'Oreal-UNESCO For Women In Science 2018

Amri Hassan
02/11/2018
08:56 MYT
Tiga saintis wanita negara menerima anugerah L'Oreal-UNESCO For Women in Science 2018 atas kejayaan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan alam sekitar.
Mereka ialah Dr Chai Lay Ching, Dr Lam Sze Mun and Dr Norhayati Abdullah.
Anugerah disampaikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ong Kee Hui dan Pengarah Urusan Loreal Malaysia, Malek Bekdache di W Kuala Lumpur semalam.
Sejak dimulakan 13 tahun lalu, anugerah tersebut telah diberikan kepada 40 saintis wanita negara dengan geran bernilai lebih RM1,000,000.
Ketiga-tiga saintis wanita tahun ini akan menerima geran RM30,000 seorang untuk meneruskan kajian mereka.
Tiga kajian terbabit menekankan penggunaan sains sebagai kaedah untuk meningkatkan taraf hidup dan alam sekitar.
Dr. Chai Lay Ching (Universiti Malaya) menggunakan kajian sains untuk mengesan bakteria dalam makanan dengan kaedah menghidu.
Manakala Dr. Norhayati Abdullah (Malaysia-Japan International Institute of Technology) pula menggunakan teknologi aerobic granulation sebagai langkah alternatif untuk merawat air buangan daripada sisa minyak kelapa sawit.
Dr. Lam Sze Mun (Universiti Tunku Abdul Rahman) mencipta sistem kelestarian tenaga daripada rawatan air buangan dari kediaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Diberi Rezeki Anak Di Usia 38 Tahun, Chiwan Chilok Syukur Isteri Tak Mengidam Bukan-Bukan - “Cuma Masa Awal Kehamilan Dia Tak Boleh…”

gempak
03/09/2024
07:55 MYT
Pelawak Chiwan Chilok melahirkan rasa syukur apabila isterinya kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka dan segala proses kehamilan juga berjalan dengan lancar.
Berita

Wanita Didera, Dikurung Dalam Kandang Babi Lebih Lima Tahun

gempak
02/09/2024
14:55 MYT
Seorang lelaki di Poland dituduh menahan dan mendera seorang wanita di dalam kandang babi selama lebih lima tahun, menurut laporan saluran Berita Polsat pada Ahad, memetik maklumat daripada pejabat pendakwa raya, seperti yang dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).