Tunku Imaan Khyra, remaja kacak berusia 18 tahun ini semakin mendapat perhatian di aplikasi TikTok.

Video-video yang dikongsi Imaan ternyata menarik perhatian kerana ia kelihatan 'cool' dan tidak terlalu mencuba.

Sedikit info mengenai 'It Boy' ini, Imaan merupakan anak kepada sosialit terkenal Ezurin Khyra dan memiliki pasangan kembar, Tunku Omaan Khyra.

Imaan juga mempunyai tiga lagi adik beradik lain iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

Gempak berkesempatan bertemu dengannya baru-baru ini, Imaan sempat bercerita mengenai minatnya berkongsi video di TikTok.

"Sebelum ini, orang ramai selalu tanya awak ni anak Ezurin Khyra ke? Tapi sekarang, lebih ramai yang tanya, Oh awak ni yang di TikTok tu ya?

"Saya memang suka kongsi video di aplikasi tersebut," kongsinya ringkas.

Imaan kini menuntut di Cheltenham College, London dan pada masa yang sama mendalami bidang perakaunan di Imperium International College, Kuala Lumpur.

Banyak lagi kisah mengenai Ezurin Khyra dan anak-anaknya akan menyusul selepas ini, stay tune!