Laman Utama
Kenang Waktu Ditangkap Polis, Justin Bieber Jadikan Peringatan Dalam Kehidupan
Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber mengenang kenangan pahit dalam hidupnya apabila ditangkap pihak berkuasa tujuh tahun lalu.
Menurut Bieber, ketika itu dia tidak gembira dan keliru dengan kehidupannya.
Perkara itu dikongsi Bieber menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Tujuh tahun lalu, pada tarikh yang sama seperti hari ini, saya ditangkap, saya tidak berbangga dengan kehidupan saya ketika itu.
"Saya menyakitkan, tidak gembira, keliru, marah dan silap faham," tulisnya sebagai kapsyen.
Walaubagaimanapun, Bieber kini cuba memandang perkara itu dengan positif dan menganggap apa yang terjadi pada waktu silam memberi kesedaran dalam diri.
"Nasihat saya kepada anda, jadikan masa silam itu sebagai peringatan betapa jauhnya Tuhan telah bawa kita dalam kehidupan," tulisnya lagi.
Terdahulu, pada tahun 2014, Bieber pernah ditangkap pihak polis kerana memandu dalam keadaan mabuk dan pada masa yang sama, tidak memiliki lesen memandu.
Bieber, 27, juga pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada usia 19 tahun.
Pada September 2018, Bieber berkahwin dengan model Hailey Baldwin selepas tamatnya hubungan cinta bersama penyanyi Selena Gomez sekitar awal 2018.
Must-Watch Video