Kenangan Lalu Menggamit Jiwa...Nokia Sembilu Mungkin ‘Dihidupkan’ Semula
Pada mereka yang lahir sekitar era tahun 2000 pastinya cukup mengenali telefon pintar Nokia model 3650.
Dengan rekaan papan kekunci yang unik serta mempunyai sistem operasi pintar, telefon tersebut menjadi idaman kebanyakan remaja ketika itu.
Malah, populariti peranti ini kian memuncak apabila ia digunakan pakai dalam drama Sembilu.
Menerusi drama berkenaan, watak remaja sekolah dilakonkan Zed Zaidi dan Hetty Sarlene secara kerap menggunakan model telefon berkenaan.
Susulan itu, model 3650 terus digelar sebagai Nokia Sembilu.
Terbaru, model klasik itu dikatakan bakal ‘dilahirkan’ semula oleh pihak Nokia.
Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan apakah pembaharuan yang akan dibawa pada telefon ini nanti.
Malah, tarikh untuk pelancarannya juga masih belum dipastikan.
Apapun, peminat telefon lagenda ini pastinya tidak sabar menantikan kemunculan model unik ini tidak lama lagi.
Untuk rekod, Nokia 3650 dilancarkan pada 6 September 2002 sebelum dipasarkan pada 2003.
Model ini dihasilkan susulan kejayaan model Nokia 7650 yang turut menggunakan sistem operasi Symbian.