Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kenangan Lama Mengusik Jiwa, Ella Jawab Gosip Cinta Lampau Dengan Rashid Sidek

Gempak 07/09/2021 | 02:50 MYT
Ratu rock negara, Ella atau nama lengkapnya, Nor Zila Aminuddin, 55, mendedahkan kisah sebenar di sebalik gosip cinta yang pernah tercetus bersama Datuk Rashid Sidek sekitar tahun 1992.
Penyanyi yang popular dengan lagu Gemilang itu menjelaskan, dia dan Rashid pada ketika itu hanyalah kawan biasa.
“Alaa… cerita lama, hanyak kawan… lagipun, I’m a fan of anak-anak Sidek… Ok gambar ni jelas sikit,” tulis Ella di akaun Twitternya sambil berkongsi gambar bersama Rashid.
Ella memberi respons sedemikian selepas salah seorang netizen memuat naik satu keratan akhbar lama di Twitter yang menyaksikan gambar Ella duduk bersebelahan dengan Rashid.
Difahamkan gambar tersebut dirakam oleh jurugambar sebuah organisasi media ketika Ella menghadiri pusingan akhir Piala Thomas di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, salah seorang pengguna Twitter turut memberitahu yang ramai peminat suatu ketika dahulu menantikan khabar gembira daripada Ella dan Rashid Sidek.
“Kak El! Masa ni semua harap Kak El dengan Rashid menjadi tau. Wedding of the year. Tapi hanya kawan je rupanya,” tulis netizen itu.
Ella secara berseloroh menjawab: “Tak sebab I tengah tunggu my husband, waktu tu dia masih sekolah,” katanya.
Untuk rekod, Ella mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Azhar Ghazali, 38, pada Julai 2012.
#Penyanyi #Viral #Ella #Cinta #Throwback #Rashid Sidek
;