Video yang dikongsi Intan Salleh sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Ariq Muqri Muhammad Radzi mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Intan memuat naik foto sekeluarga iaitu bersama bekas suami, Ude Wahid dan anak sulungnya, Arish Muqri.

Dalam kapsyen video terbabit, Intan memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kedua.

Intan memberitahu dia hanya mengimbau foto tersebut kerana ia sebahagian kenangan yang dilaluinya sebelum ini.

Intan juga berseloroh kepada pengikutnya supaya mendoakan semoga rezekinya dimurahkan serta segera bertemu pengganti.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #dekmokturns2 #the3thatloveeachothers #dmuqri's #anakbonda #ygkedua #nyawabonda #alhamdulillah #allahada #normallife #notmoveonjustgoon

Happy birthday ariq muqri bin Muhammad radzi...tepat jam 337am 25/12 dekmok lahir... Allah permudahkan segalanya.. Mmg senang sgt berbanding abg arish... Hehehhe.. Alhamdulilah.. Alaaaa bonda type ni pun bonda da meleleh air mata.. Arghhhh xleh nk cite.. Hehe. Aiq.. Bonda yakin ade nya aiq kerana cinta.. Cinta bonda kat aiq smpai bile2..yess mmg aiq x baca ape bonda wish tp yela kan.. Nk jugak wish.. ?.. Bonda syg aiq sgt2.. Bonda doa tuk anak2 bonda smpai akhir nyawa bonda..hanya tuhan yg tahu ape bonda rasa... Xpe kan bonda throwback gambar dekmok kecik2...?.. Kenangan xkan dpt dipadam...terima kasih atas segalanya! . Doakan bonda murah rezeki, sihat.. amin.. dan cepat kawin! Eh??? . #dekmokturns2 #the3thatloveeachothers #dmuqri's #anakbonda# ygkedua #nyawabonda #alhamdulillah #allahada #normallife #notmoveonjustgoon!

A post shared by doubleA?‍?‍? (@__iiiintan.saleh) on


Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih membaca kapsyen Intan serta memberi ucapan sempena hari lahir Ariq.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri berusia dua tahun.