Kenapa Ada 'Ashtray' Di Pesawat Tapi Dilarang Merokok? Zarul Umbrella Dedah Sebabnya!
Syafiqah Jalal
05/09/2023 15:26 MYT
05/09/2023 15:26 MYT
Merokok di atas pesawat adalah perkara yang dilarang malah boleh dikenakan denda jika melanggar peraturan itu kerana alasan keselamatan.
Namun pernah tak anda tertanya-tanya mengapa masih ada asbak atau tempat abu rokok disediakan di dalam pesawat? Apakah kegunaannya sedangkan tidak dibenarkan merokok?
Penyanyi era 90-an yang juga bekas pramugara iaitu Zarul Umbrella mendedahkan sebabnya sebagai seorang yang pernah menjadi kru kabin.
Kata Zarul, asbak itu digunakan jika ada penumpang yang masih berdegil menyalakan rokok di dalam pesawat dan ka tempat selamat untuk dibuang daripada tong sampah
"Korang tau tak kenapa masih ada lagi ashtray dipasang dlm pesawat sedangkan merokok tidak dibenarkan dalam pesawat?
"Jawapan : lumrah manusia selalunya yg dilarang itulah yg selalu dibuatnya.. sekurang-kurangnya bila dorang nmpk ashtray tu dorang padamkan putung rokok kat situ dari dorang buang kat dlam rubbish bin lagi bahaya..," tulisnya di Instagram.
Zarul berkongsi info menarik itu di laman sosialnya sebagai menjawab persoalan ramai.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikut media sosialnya yang memberi pelbagai reaksi dan pandangan.
"Safety regulation. Untuk orang tak sekolah dia merokok juga dalam toilet," komen seorang netizen
"Yeah bagus juga untuk keselamatan orang lain," kata seorang warga maya
"Berani mereka merokok dalam pesawat," ujar seorang pengikut laman sosialnya