Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Kenapa Allah Temukan Suami Dengan Aku?" - Cik Manggis

Zulaikha Yusof 03/08/2020 | 03:10 MYT
Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis pernah terfikir mengapa Allah menjodohkan dirinya dengan suami, Syazmin Firdaus Aminuddin.
Menurut Cik Manggis, perwatakannya sangat berbeza jika dibandingkan dengan keperibadian suami.
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dulu selalu tanya dalam hati kenapa Allah temukan @syazminfirdaus dengan aku?
"Aku ni dahlah tak baik, degil, kasar. Jauh beza dengan dia yang tersangatlah baik.
"Selalu rasa tak layak dijodohkan dengan @syazminfirdaus. Satu dalam seribu," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Nurshazwani Shamsuddin, 31, beranggapan ini adalah peluang untuk dia berubah menjadi insan lebih baik.
"Tapi Allah Maha Baik. Dia bagi kita ‘chan’ untuk berubah. Semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.
"So, siapa yang dapat pasangan yang baik ya amat tu, bersyukur. Rezeki besar tu.
"Janganlah korang pi tinggalkan dia dengan alasan, awak terlalu baik untuk saya. Pishanggggg," tulisnya lagi.

‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’ — dulu selalu tanya dalam hati “kenapa Allah temukan @syazminfirdaus dengan aku? Aku ni dah la tak baik, degil, kasar. Jauh beza dengan dia yang tersangatlah baik” Selalu rasa tak layak dijodohkan dengan @syazminfirdaus. Satu dalam seribu. Tapi Allah Maha Baik. Dia bagi kita ‘chann’ untuk berubah. Semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik. So, siapa yang dapat partner yang baik ya-amat tu, bersyukur. Rezeki besar tu. Jangan la korang pi tinggalkan dia dengan alasan “Awak terlalu baik untuk saya...” Pishanggggg... ? [Spread love and TAG PARTNER! ?]

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

Sekadar info, Cik Manggis dan Syazmin telah berkahwin pada Oktober 2014.
#Kahwin #Kahwin #Cik Manggis #Sempurna #Syazmin
;