HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video dirinya menerjah salah sebuah rumah miliknya yang dipercayai terletak di Sungai Buloh.
Menerusi video yang tular di media sosial hari ini, Aliff dilihat hilang sabar apabila mendakwa rumah berkenaan telah diceroboh dan dijadikan lokasi kegiatan tidak bermoral.
“Dia jual diri ni, kenapa pakai baju seksi rumah lelaki dia seorang perempuan? Kenapa kamu masuk rumah saya bawa lelaki?
“Saya nak tengok rumah saya dia masuk boleh pula guna harta, bercengkerama duduk dalam tu ada lima lelaki, satu perempuan,” katanya dalam video berkenaan.
Difahamkan, Aliff bertindak menyerbu rumah tersebut selepas mendapat maklumat mengenai pencerobohan tanpa izin, sebelum terkejut mendapati ia dihuni sekumpulan individu yang mencurigakan.
Wanita yang dipercayai berada di lokasi kejadian juga dilihat tergagap-gagap ketika cuba memberikan penjelasan kepada Aliff.
“Papa sungguh tak sangka. Rumah papa, kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam.
“Rumah Papa, dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat-sangat. Patut ke papa lepaskan atau papa call polis?” katanya.
Sehingga kini, masih belum ada kenyataan lanjut sama ada laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.