Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kenapa Berus Gigi Elektronik Oral-B Lebih Bagus Berbanding Berus Gigi Biasa? Ini Sebabnya…

Amri Hassan
15/02/2023 11:20 MYT
Bila bangun pagi, benda pertama yang kita akan buat (selain check Instagram dan Twitter, duh…) tentulah gosok gigi kan?

Macam biasalah, capai ubat gigi, picit pada permukaan berus gigi dan gosok. Begitulah rutin setiap hari, tiga kali sehari dari kecil sampai usia I dah masuk 35, tahun ni.

Sehinggalah baru-baru ni, bila I tengah sibuk mengemas nak ke outstation, I ada minta tolong my mom belikan set berus gigi baharu… tapi yang dia bawa balik berus gigi elektrik Oral-B.

At first, I rasa skeptikal, maklumlah, tak pernah guna. Boleh ke bersihkan gigi I ni? Selamat ke?

Well, segalanya berubah bila I sendiri cuba berus gigi guna berus gigi elektronik untuk kali pertama.

Mesra gusi

Lembut, tak sakit! Berus gigi elektronik ni salah satu kelebihannya ialah ia ‘mesra gusi’. Bila pakai for the first time, memang rasa smooth, tak sakit dan tak merengsakan gusi.

Lagi-lagi waktu pagi muka tengah mamai… memang senang nak bersihkan gigi. Plus, tak bising!

Sungguhpun lembut pada gusi dan juga gigi, berus gigi elektronik ni ternyata dapat membersihkan gigi lebih baik daripada berus gigi biasa. Serius tak tipu.

Pembersihan sekata

Kepala berus yang kecil tu memang boleh capai pada bahagian bawah dan celah gigi, dengan pergerakan ulangan yang sekata.

Jadi, ia membuktikan yang tak semestinya kita perlu berus dengan kuat dan kasar semata-mata mahu dapatkan gigi yang bersih.

Ada timer, senang cuci

Lagi satu perkara yang best dengan berus gigi elektronik Oral-B ni, dia ada timer tau. Timer tu bertahan 2 minit sesuai dengan cadangan cara memberus gigi oleh doktor gigi korang. Contohnya, dia bagi reminder yang kita kena tukar posisi kepala berus untuk masa tertentu.

So, lagi senang kita nak pastikan yang gigi kita benar-benar bersih… dan dalam masa sama, gigi kita akan bersih dengan sekata.

Dari segi experience memberus gigi tu, berus gigi elektronik Oral-B ni memang sedap dipegang, sebab dia ada getah supaya tak licin.

Kepala berus pula boleh buka dan pasang semula, so senanglah I bersihkan berus setiap kali lepas digunakan.

Kalau soal bateri pula, berus gigi ni perlukan sekitar 18 jam untuk charged sepenuhnya. Bila sekali charge boleh tahan sampai 2 minggu tau, so korang tak perlu bazir duit beli bateri.

Seeloknya letak je handle berus gigi pada charger, sebab once dah penuh, dia akan berhenti untuk elakkan overcharging. Canggih kan?

Berbaloi

Nasib baiklah my mom perkenalkan berus gigi elektronik ni, sebab memang berbaloi. Sebab selain dapat bersihkan gigi bersih sebersihnya, ia juga dapat halang pertumbuhan plak dan juga bakteria.

Trust me, lepas guna berus gigi elektronik, senyuman tu akan lebih besar, lebih manis dan lebih segar!

Nak cuba rasai sendiri kelebihan berus gigi elektronik ni? Oral-B memberikan berus gigi elektrik secara PERCUMA dengan sebarang pembelian pek isi semula 8 unit (bernilai RM148) yang mampu bertahan sehingga dua tahun!

Promosi ini sedang berjalan di Watson’s dan Guardian! Available untuk masa terhad je, jangan lupa dapatkan sekarang!
#Gaya Hidup #Advertorial #Berus Gigi #Oral B
;