Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kenapa Bila Break-off Kena Unfollow?”- Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Putus Cinta?

Syafiqah Jalal
01/08/2022 11:47 MYT
Status ciapan aktor Aedy Ashraf dua hari lalu telah mencetus tanda tanya ramai tentang hubungannya dengan pelakon Amelia Henderson, 27.

Dalam status ditulis Aedy, 28, di Twitter itu bercakap tentang takdir dalam hubungan.

“Guess it’s true when they said ‘some people are only meant to be in our memories (Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan),” ciapnya.

Ciapan berbaur patah hati itu turut membuatkan peminat mereka kecewa. Meskipun tidak menyebut siapa yang dituju dalam status itu namun peminat tetap mengaitkan nama Amelia Henderson.

Malah rata-rata mempertikaikan kenapa mereka berdua sudah tidak mengikuti (follow) antara satu sama lain di laman sosial.

“Why bila breakoff mesti nak unfollow can still be friend kan? Dunia celebrities in Malaysia kecil aje mana tau nanti berlakon sama so please be professional @ameliath #kecewa,” komen salah seorang pengguna laman sosial.

“Weh aku baru perasan yang diorang dah unfollow each other kat IG (berserta emoji menangis),” kata salah seorang warga maya.

Pada Mac lalu, tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan.

Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas digandingkan sebagai hero serta heroin dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

#Putus Cinta #Aedy Ashraf #Amelia Henderson #Unfollow
;