Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kenapa Bila Nampak Crush Je Muka Kita Blushing? Oh Ini Sebabnya…

Izwan Isa 22/09/2022 | 14:50 MYT

Pernahkah anda melalui hari yang indah dan secara tiba-tiba terlihat orang yang anda suka atau ‘crush’ lalu di hadapan mata? Dan tanpa disangka, pasti wajah anda akan bertukar menjadi merah…

Sering disebut sebagai blushing oleh kebanyakan orang, hal berkenaan selalunya dikaitkan dengan individu yang diserang perasaan malu-malu kucing apabila melalui sesuatu situasi.
Menerusi perkongsian Dr Khairul Hafidz di Twitter, kejadian berkenaan ada kena mengena dengan perkembangan salur darah akan penghasilan hormon adrenalin dalam badan.
“Macam mana blushing boleh terjadi?
“Begini, contohnya ternampak crush, hormon adrenaline akan terhasil, salur darah akan mula mengembang untuk mendapat lebih oksigen dan salur darah vena di kulit muka akan mengembang, muka jadi lebih hangat dan merah, maka terjadilah blushing,” katanya.
Tambah Dr Khairul, pada waktu itu, pernafasan dan denyutan pada jantung juga akan meningkat.
“Di kala ini, pernafasan dan denyutan jantung juga akan meningkat.
“Jadi bila ternampak crush, bukan sahaja muka merah, dapat pakej sekali bernafas tidak keruan dan jantung kuat berdebar-debar. Begitulah,” katanya.
Menerusi ruangan balas, ada yang bertanya adakah situasi berkenaan boleh mendatangkan bahaya.
Respons seorang netizen terhadap soalan berkenaan: “Bahaya… kalau biarkan crush berlalu begitu saja, nanti tergantung sepi,” katanya sambil merujuk kepada judul lagu nyanyian Haqiem Rusli.
Kredit foto: Karolina Grabowska
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Malu #Blushing #Muka Merah
;