Selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu, Nina Iskandar sudah kembali semula ke set lakonan dan kini sedang meluangkan masa bercuti di Turki.

Baca: "Besarnya Dugaan Saya Kali Ini" - Jadi Mangsa Langgar Lari 2 Kereta, Bibir Nina Iskandar Koyak, Tulang Belakang Retak!

Bagaimanapun, entri terbaharu di Instagram pelakon itu mencetuskan tanda tanya peminat apabila saiz bibirnya berbeza daripada sebelum ini.

"Dari dulu lagi dah lawa Nina ni, tapi kenapa cucuk bibir jadi tebal pula?" soal salah seorang pengguna.

?

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on


Enggan membiarkan tanda tanya itu menjadi spekulasi tidak sihat, Nina terus menjawab pertanyaan tersebut.

"Tak pernah cucuk. Tapi saya accident hari tu, so ada jahitan kat luar dan dalam.

"So, jahitan dalam ambil masa untuk sembuh.

"Insya-Allah nanti akan jadi seperti sediakala. Doakan ya," jawabnya jujur.



Mengimbas semula detik tragis pelakon itu, Nina terbabit dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaannya dilanggar dua kereta serentak pada hujung November lalu.

Akibat kemalangan itu, bibirnya koyak dan tulang belakangnya retak.