Kenapa #FattZura Tak Tercalon Dalam Kategori Couple MeleTOP, Ini Jawapannya!
Mya Amri
24/01/2018 08:00 MYT
24/01/2018 08:00 MYT
Selepas senarai awal pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2018 diumumkan, ramai yang tertanya-tanya tentang pasangan Fattah Amin dan Fazura.
Ketiadaan nama pasangan yang popular dengan hashtag #FattZura itu dalam kategori Couple MeleTop Top 20 pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018), menimbulkan rasa tidak puas hati ramai peminat mereka yang mempersoalkan mengapa pasangan popular itu tidak dicalonkan bersama pasangan lain seperti Izreen Azminda & Ude, Stacy & Akim, Alif Satar & Shahida, Nora Danish & Nedim, Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim dan Aliff Aziz & Bella Astillah.
Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan AME sengaja tidak mencalonkan mereka tetapi ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.
“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.
“Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan.
“Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil.
“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka.
“Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada,” katanya.
Selain kategori itu, turut menjadi perdebatan adalah kategori Si Cilik MeleTop kerana ada anak artis yang cukup popular di laman sosial tetapi tidak dicalonkan.
Kata Namanzee, untuk kategori ini syarat ditetapkan adalah anak selebriti berkenaan perlu ada akaun Instagram.
“Kami perlu ada kayu pengukur untuk menilai sejauh mana impak si cilik terhadap khalayak.
Jadi,cara terbaik adalah mereka perlu ada akaun Instagram.
“Kalau popular tapi tidak ada Instagram, memang tidak layak. Saya berharap peminat faham dan boleh mengundi siapa pilihan mereka,” katanya.
Senarai Top 20 dipilih barisan panel khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air terdiri daripada wakil stesen televisyen Astro, Media Prima Berhad, RTM, wakil stesen radio dan pengarang syarikat penerbitan akhbar.
Sesi pemilihan juga dinilai juru audit bertauliah dari syarikat W.L Chong untuk mengesahkan setiap pencalonan.
AME 2018 mempertandingkan 16 kategori yang mana undian mendapatkan senarai Top 5 dibuka bermula 22 Januari sehingga 23 Februari ini.
Fasa kedua pengundian bagi menentukan pemenang setiap kategori bermula 6 Mac sehingga 8 April.
AME 2018 bakal berlangsung pada 8 April di Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), Prima (105), Ria HD (123) dan Maya HD (134).
Klik di sini dan anda boleh mula mengundi! (masukkan link AME)