Laman Utama

“Kenapa I Feeling Nak Jadi Kpop Idol? Sebab I Rasa I Macam Rose” - Netizen Terkedu Isteri Haqiem Rusli Anggap Diri Seperti Anggota Blackpink

gempak
Asyikin Mayudin
26/05/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa I Feeling Nak Jadi Kpop Idol? Sebab I Rasa I Macam Rose” - Netizen Terkedu Isteri Haqiem Rusli Anggap Diri Seperti Anggota Blackpink
Semenjak mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi perhatian netizen di laman sosial.
Terbaharu, video di TikTok memperlihatkan Anis sedang mempromosikan produk yang menjadikannya sebagai duta menjadi perbualan hangat netizen.
Ia gara-gara Anis secara berseloroh mengatakan dia sangat sukakan konsep produk itu seperti Kpop kerana menganggap dirinya seperti ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose.
“I suka konsep dia macam korean concept. Sebab I memang minat Kpop… paling saya minat dalam Blackpink adalah Rose la. Sebab karekter dia sangat feminine dan sangat lembut.
“Jadi, saya sangat karekter dia… kenapa I feeling fefeeling nak jadi Kpop idol, sebab I rasa I macam Rose,” kata Anis sambil ketawa.
Rata-rata netizen terkejut dengan keyakinan Anis kerana beranggapan isteri Haqiem itu lebih kelihatan seperti usahawan sensasi iaitu Liana Rosli atau mesra disapa sebagai Kak KM.
“Noh Rose? Kak KM kot.
“Allahu mana nak dapat keyakinan macam ini. Saya sangat perlukan.
“Kembar Kak KM. Boleh dah geng tu,” komen beberapa netizen.
Malah, ada juga segelintir netizen yang melihat wajah Anis seakan-akan sama seperti penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan.
Terdahulu, keputusan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli yang kini memilih untuk tidak lagi berhijab sejak sambutan Aidilfitri baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial.
Sebagai suami, Haqiem berkata dia menerima segala ujian dalam berumah tangga dan mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live