Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenapa Indonesia Sekat TikTok Shop?

Izwan Isa
29/09/2023 13:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, pasti ada dalam kalangan anda yang pernah mendengar tentang keputusan kerajaan Indonesia untuk menyekat TikTok Shop di republik itu.

Namun, tahukah sebab utama penyekatan itu dilakukan?

Menerusi akaun X The Patriot, alasan kerajaan Indonesia menyekat Tiktok Shop adalah disebabkan platform media sosial dan platform e-dagang tidak boleh digabungkan untuk mencegah penggunaan data peribadi.

Langkah ni berkuat kuasa serta-merta bertujuan untuk melindungi peniaga luar talian selain platform ni juga dikatakan mengancam perusahaan kecil dan sederhana.

Langkah ini dibuat tidak sampai tiga bulan selepas TikTok berjanji mahu melabur berbilion dolar di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia untuk membina platform e-dagang TikTok Shop.

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa peraturan ini bertujuan memastikan persaingan perniagaan yang adil dan saksama serta memastikan melindungi data pengguna.

Pasaran e-dagang Indonesia sudah lama dikuasai oleh syarikat teknologi tempatan seperti GoTo dan Tokopedia. Malah Shopee dan Lazada pula sudah lama memonopoli pasaran e-dagang Indonesia.

Tetapi peraturan baru ni turut mengenakan caj transaksi import minimum sebanyak AS$100 (RM 470) ke atas barangan yang dibeli dari luar negara.

Walaupun sekatan ni menimbulkan kekecewaan pembeli, beberapa penjual kedai fizikal seperti di Pasar Tanah Abang di Indonesia meraikan keputusan kerajaan di sana. Mereka merasakan keberadaan Tiktok Shop seperti menutup periuk nasi mereka.

Berkemungkinan Tiktok Shop akan berdiri sebagai aplikasi berbeza di luar aplikasi Tiktok untuk pasaran Indonesia.

Sumber: Twitter

BACA: “Siap Letak Secret Code” – Akaun Tiktok Siti Nurhaliza Kena Hacked?​

#Indonesia #TikTok
;