Jersi pasukan kebangsaan Uruguay yang dipakai untuk saingan Piala Dunia FIFA memaparkan empat bintang di atas lencananya.

Bukankah Uruguay pernah menang Piala Dunia sebanyak dua kali sahaja?

Menurut FootyHeadlines.com, Uruguay menjulang dua Piala Dunia (pada 1930, edisi pertama Piala Dunia FIFA, dan pada 1950, yang mana ketika itu piala Jules Rimet).

Sebelum itu, mereka telah memenangi dua pingat emas Olimpik untuk bola sepak pada 1924 dan 1928. Dua pingat emas itu diiktiraf FIFA sebagai Gelaran Dunia.

La Celeste sebenarnya bukan sahaja pernah memenangi Piala Dunia dua kali, tetapi juga menjadi juara dunia sebelum wujudnya kejohanan Piala Dunia.



Tambahan pula, FIFA hanya mengiktiraf pingat emas Olimpik pada 1924 dan 1928 itu sebagai gelaran dunia kerana Olimpik sebelum 1924 tidak membenarkan para pemain profesional untuk bermain dan Olimpik selepas 1928 menjadi saingan untuk pasukan Bawah-23 seperti hari ini.

Apa yang berbezanya untuk jersi tahun ini adalah empat bintang itu tidak disekalikan dalam lencana, sepertimana pada jersi yang digunakan dalam Piala Dunia 2014 dan tahun-tahun sebelumnya.

Kali ini bintang berada di atas lambang, selepas dikemaskini tidak lama sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.

Sumber: Astro Awani