"Kenapa Kena Kutuk, Mengata Sana Sini?" - Sajat

ZULHILMI JALIL
Julai 23, 2020 11:15 MYT
Usahawan kosmetik popular, Sajat menasihati orang ramai agar tidak menilai seseorang itu menerusi apa yang dilihat pada luaran semata-mata.
Sebaliknya, kata Sajat, ambillah sesuatu yang bermanfaat daripada individu berkenaan dengan melihatnya dari aspek yang positif.
"Kenapa perlu kutuk, caci, sakit hati, mengata sana sini? Patutnya jadikan inspirasi untuk diri masing-masing. Bukan hina sampai buat orang sakit hati.
"Lebih baik kita ambil yang positif pada seseorang itu..kenapa kita nak menghukum orang sampai awak rasa awak hendak membuat kerja tuhan?
"Rahsia kejayaan seseorang itu, hati kena bersih. Jangan pandang orang itu melalui luaran sahaja. Kita tak tahu dia macam mana. Saya bukan kata pada diri saya..tapi saya berkata secara umum," katanya dalam satu entri di Instagram.
Begitupun, menurut Sajat dia mengakui dirinya kerap menerima kata-kata negatif daripada orang ramai selama ini.
Namun, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan hal tersebut dan memilih untuk berdiam diri.
"Ramai yang mengutuk, ramai yang hina, tetapi saya berdiam tak layan apa mereka lemparkan kata-kata kesat pada saya.
"Saya tak pernah terfikir nak mengeluarkan kata kesat pada sesiapa pun sebab saya tak ada masa untuk mengumpat pasal hal orang lain," luahnya.
Katanya lagi, apa yang lebih penting dia hanya perlu memikirkan hal yang lebih utama termasuklah, kerjaya, keluarga, ibu bapa dan perniagaan yang dibina.
"Jika anda masih terus suka menghina hina orang,mengata orang atau suka provokasi pada individu, percayalah, awak tak akan maju ke hadapan jika masih berterusan begini," katanya.
Baru-baru ini, Sajat menerima kecaman warga net apabila tindakannya yang dikatakan seolah-olah mempermainkan agama.
BACA: Safiey Tak Sokong Sajat, "Jangan Buat Main Dengan Bab Agama ..."
BACA: "Mungkin Mereka Lebih Suka Aku Keluar Islam" - Nur Sajat
Tindakan Sajat itu kemudian menerima pelbagai teguran secara terbuka di media sosial sehingga menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya ke atas dirinya.
BACA: Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
#sajat #Positif #Kutuk