Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.

Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Sebab itulah kita perlu tahu kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat!

Tapi, tahukah anda air beralkali mempunyai perbezaan paling ketara pada kadar pHnya? Air minuman kebiasaannya berada pada pH neutral iaitu 7 tetapi air beralkali mempunyai pH antara 8 hingga 14.
Air beralkali kebiasaanya mempunyai mineral tambahan seperti magnesium, potassium, bikarbonat dan kalsium membuatkan rasanya lebih sedap berbanding air biasa.

Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Untuk anda yang ingin menggunakan air beralkali sebagai minuman harian, anda boleh mendapatkannya daripada Alkaline Ionizer Panasonic yang bukan sahaja memberikan anda air alkali berion, air tapis dan air yang mengandungi asid lemah tetapi jenama ini telah diperakui halal!

Air yang dihasilkan oleh Alkaline Ionizer Panasonic dilengkapi kaedah penulenan air yang sama sebelum air itu melalui fasa elektrolisis menggunakan ion positif dan negatif untuk menghasilkan air beralkali terion dan air berasid terion.

Alkaline Ionizer Panasonic bukan sahaja memberi anda pilihan untuk memilih kadar pH air alkali iaitu pH 8.5, pH 9.0, pH 9.5 dan pH 10.0, anda boleh memilih untuk minum air tapis atau air yang bersifat asid lemah dengan pH 5.5 dan pH 3.0 yang bersih dan selamat daripada bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Apa lagi kelebihan Alkaline Ionizer Panasonic?

1. Tak perlu lagi masak air. Eh, tak perlu bimbang tentang kuman kerana Alkaline Ionizer Panasonic mengandungi Ionizer berkalkali dan mempunyai empat jenis sistem penapisan di dalamnya!

2. Sistem penapisannya akan menapis bendasing dari sekecil-kecil zarah termasuk klorin. Jadi air yang keluar direct dari pili, boleh terus diminum, tanpa ragu-ragu!

3. Anda boleh menggunakan air ini bukan sahaja untuk minum, tetapi untuk kerja-kerja mencuci dan memasak.


4. Paling ‘special’…Kadar pHnya juga boleh dilaras mengikut kesesuaian.


Untuk info lanjut tentang produk ini, klik je di sini.