Pengguna mangkuk jamban khususnya versi duduk pasti sering melihat butang flush (pam) yang terdapat pada tangki air.

Dua butang tersebut diletakkan bersebelahan, dan selalunya mempunyai dua saiz berbeza - satu besar dan satu lagi lebih kecil.

Namun, tahukah anda yang dua butang ini direka untuk dua sebab berbeza?

Menerusi akaun Jambanking, dua butang ini berfungsi untuk mengeluarkan air dalam isipadu yang berbeza.
@jambanking_km Reply to @santadave29 fungsi jamban 2 button #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #jamban ♬ original sound Steve?? - JAMBAN KING

Butang kecil akan mengeluarkan separuh daripada air yang berada dalam tangki, sekitar tiga liter.

Manakala, bagi butang yang besar, isipadu air yang dikeluarkan adalah sekitar enam liter.

Oleh itu, ia sekaligus memberi bayangan bahawa butang kecil direka untuk membersihkan urusan membuang air kecil dan sebalik.

Untuk elakkan pembaziran? Jangan tekan kedua-dua butang!

Sumber: JambanKing

BACA: Tak Boleh Buang Air Besar 4 Hari, Nikita Mirzani Ubah Suai Tandas Penjara​

BACA: Terkejut Ular Sawa 10 Kg Dalam Mangkuk Tandas, Cuaca Panas Penyebab Cari Tempat Sejuk & Lembab​