READ
Kenapa LELAKI KOREA Ini Jatuh Cinta Lantas Kahwin Dengan GADIS MELAYU? Ini Pengakuannya
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: @snfad_diela

Kredit foto: @snfad_diela
PERNAH satu ketika dahulu, wanita ini pernah menjadi viral gara-gara dia berkahwin dengan jejaka dari Korea Selatan. Empunya diri, Fadhi dan suaminya Aiman Kim Je Young kini bahagia melayari bahtera rumahtangga yang dibina pada tahun 2014.
Sejak tularnya perkahwinan mereka, maka ramailah wanita di Malaysia mahu berkahwin dengan jejaka Korea. Mungkin ia menjadi inspirasi buat wanita Malaysia yang mahu menjadi lelaki Korea sebagai suami mereka.
Apa yang menarik mereka ini, siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin. Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
