Hiburan

“Kenapa Nak Kena Tanggung Biawak Hidup?” - Madammu Nasihat Isteri Jangan 'Back Up' Suami Pemalas

gempak
Mya Amri
22/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Nak Kena Tanggung Biawak Hidup?” - Madammu Nasihat Isteri Jangan 'Back Up' Suami Pemalas
Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu menasihatkan kaum wanita atau para isteri supaya tidak menanggung suami yang pemalas.

Tak perlu tanggung 'biawak hidup'

Menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘biawak hidup’, Madammu berkata tidak salah jika seorang isteri mahu meringankan beban suami namun bukanlah dengan menggalas tanggungjawab sebagai pencari nafkah.

“Saya cakap pada dia, kenapa nak tanggung biawak hidup? Siapa ajar? Membantu suami atau pun membantu keluarga tak ada masalah. “Maksud biawak hidup adalah orang itu memang pemalas dan tak bekerja," ujarnya

Madammu berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang berlangsung di Ampang Glasshouse, Ampang pada Sabtu.

Jangan jadikan lelaki pemalas sebagai tanggungan

Jelas Madammu lagi, setiap wanita perlu mempunyai harga diri dengan tidak menjadikan lelaki sebagai tanggungan mereka.

“Jadi pendapat saya kalau nak tanggung biawak hidup saya akan 'say no'. Kita wanita kena tahu nilai diri, siapakah kita, martabat dan maruah kita. “Tanggung biawak hidup seumpama kita tak ada pilihan. Menyedihkan bukan? Tapi ianya betul," jelasnya.

Terdahulu, Madammu tampil memberi respons terhadap komen seorang wanita yang mahu menyertai perniagannya namun menyatakan hasrat untuk menanggung teman lelaki.
Madammu kemudian menasihati wanita tersebut agar tidak berfikiran seperti itu serta mencadangkan agar dia meninggalkan teman lelakinya dan mencari seorang lelaki yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Boleh Pukul Rata Kata Anak-Anak Main Handphone Banyak Masalah” - Madammu

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Sindir Terpaling Pearl, Madammu Tak Naik Hantu - “Saya Okay, Dah Lama Tak Viral…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Perli Madammu Salah Sebut ‘Pearl’, Tapi Beri Nasihat Tentang Fesyen - “Sebut Pearl Pun Nda Lepas”

ARTIKEL BERKAITAN:“Air Tangki Kuning Waktu Sampai Kampung” - Suami Madammu Sanggup Beli Mineral, Tak Bagi Anak Mandi Air Paip

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Hadiahkan Kereta Mewah Sempena Bersalin, Ramai Minta Madammu Mengandung Lagi - Ini Jawapan Empunya Badan!

Dalam perkembangan lain, usahawan berusia 34 tahun itu telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut hasil kolaborasi bersama pendandan rambut terkenal RidzOkumura.
Produk tersebut diformulasikan untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rosak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live