Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kenapa Nak Tolak Ikhtiar?" - Naim Daniel Terkilan Golongan Tolak Vaksin, Tapi Mahu Kelebihan Seperti...

Asraf Aided
24/08/2021 04:40 MYT
Penyanyi Naim Daniel terkilan kerana masih wujud golongan anti-vaksin dalam kalangan masyarakat.

Menurut Naim, golongan anti-vaksin seharusnya tidak mementingkan diri sendiri dan menyedari tanggungjawab membanteras wabak COVID-19.

"Ya, kita semua ada pilihan masing-masing tapi untuk menjaga nyawa itu wajib. Lagipun, pihak Fatwa pun sudah mengeluarkan kenyataan yang kita harus ambil vaksin.

"Golongan anti-vaksin sepatutnya janganlah pentingkan diri sendiri, perkara macam ini adalah common sense untuk sama-sama membanteras wabak COVID-19 ini.

"Akhirnya kesan akan datang kepada diri kita juga, kenapa nak tolak ikhtiar? Kesan sampingan daripada vaksin pun hanya sementara, bukanlah mengganggu gugat kesejahteraan kita," katanya.

Naim berkata berkata demikian ketika sesi Chillax untuk program amal COVAiD #BaikSemula secara virtual pada Isnin.

Dalam pada itu, Naim juga kecewa dengan mereka yang menolak vaksin, tetapi cuba mengambil kesempatan untuk menjalani kehidupan normal.

"Yang buat sijil vaksin palsu dan ambil kesempatan, perkara sebegini amat menyedihkan.

"Pilihan itu semestinya akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Kita semua harus serius dalam bab penjagaan kesihatan dan nyawa," katanya lagi.

Terdahulu, Naim berkongsi status di Twitter menyentuh isu golongan anti-vaksin yang mahukan kelebihan seperti penerima vaksin lengkap.

Penyanyi lagu Sumpah ini menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak tahu malu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Naim Daniel #Anti-Vaksin #Kelebihan Vaksin Lengkap
;