“Kenapa Nampak Macam Makcik?” – Netizen Tak Suka Rambut Baru Song Joong Ki

Mya Amri
November 29, 2018 11:39 MYT
Terkenal dengan imej yang kemas dan wajah yang kacak ternyata penampilan terbaru pelakon popular Korea, Song Joong Ki benar-benar mengejutkan netizen.
Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Vogue Korea di akaun Instagram (IG) merakamkan Joong Ki yang memakai busana berwarna hitam sedang tersenyum sambil memberi ucapan kepada peminat.
Menurut Vogue Korea, video itu diambil ketika Joong Ki menghadiri acara eksklusif yang dianjurkan oleh jenama fasyen terkemuka, Valentino di Jepun baru-baru ini.
Bagaimanapun, Joong Ki yang menampilkan kelainan dengan rambut kerinting itu kurang disukai netizen.
Rata-ratanya berpendapat stail rambut kerinting itu tidak sesuai dengan Joong Ki dan membuatkan aktor itu kelihatan seperti ajumma (makcik).
Terdahulu, Song Joong Ki sebelum ini dikenali sebagai antara pelakon Korea yang paling kacak selain lakonan hebat menerusi drama fenomena, The Innocent Man (2012), Sungkyunkwan Scandal (2010) dan Descendants of The Sun (2016).
Song Joong Ki kemudianya mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye Kyo pada Oktober 2017.
Foto: Instagram @voguekorea / @songjoongkionly
#Song Joong Ki #Artis Korea #Vogue Korea