Kenapa Penutup Botol Air Mineral Ada Warna Putih, Biru & Hijau?
Syafiqah Jalal
01/08/2023 06:31 MYT
01/08/2023 06:31 MYT
Pernah tak anda terfikir, kenapa penutup botol air putih yang dibeli di pasaran mempunyai warna berbeza-beza iaitu sama ada putih, biru atau hijau?
Malah jika anda perasan rasa air putih itu juga ada sedikit berbeza mengikut warna penutup botolnya.
Jika anda nak tahu, memang setiap air putih itu berbeza dari sumber dari mana datangnya atau bahagimana penghasilan air berkenaan.
Berikut jenis-jenis sumber air mengikut warna penutup botol air berkenaan:
Putih
Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia. keaslian air semulajadi itu dah takde. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water. Harga lebih murah dari yang warna biru atau hijau.
Biru
Diperolehi dari sumber air bawah tanah dan dipam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelom dibotolkan. Ini baru boleh dilabelkan sebagai air mineral yang original gitu. Harga pon tak mahal sangat. Sedang-sedang je.
Hijau
Yang penutup hijau tu air mineral semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah di kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Kira gred A+ lah senang citer. Harganya pon paling mahal antara ketiga-tiga ni.