Laman Utama
“Kenapa Pergi? Kata Nak Bercuti Sama” - King Coco Sedih Kematian Ibu Tercinta
Personaliti media sosial King Coco meluahkan rasa sedih apabila kehilangan ibu tercinta, Fatimah Abdullah pada Ahad.
Menerusi laman sosial Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkongsi catatan sedihnya untuk tatapan umum.
Tidak hanya itu, Coco turut berasa terkilan kerana tidak sempat membalas jasa ibunya selama ini.
“Syurga saya dah takde. Maa, saya berhutang banyak dengan ma, tak sempat nak bayar apa-apa pun, tak cukup bayar lagi ma.
“Kenapa pergi? Kata nak bercuti sama. Kata nak pindah duduk dengan adik sama. Mama tipu, mama tinggal adik,” tulis Coco di ruangan IG Story.
Coco juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah ibunya dan memohon agar diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan ini.
“Maaf, saya tak meratap. Insyallah doakan saya kuat. Besar dugaan untuk saya. Hati saya hilang semua, semua hancur.
“Terima kasih untuk yang mendoakan arwah mama saya. Hanya Allah SWT yang dapat balas. Terlampau banyak mesej dan call yang tak dapat saya dahulukan.
“Insyallah saya okay. Untuk rumah yang kekurangan beras, DM saya nombor akaun, saya akan sedekah. Saya tak mintak banyak, doakan ibu saya,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan IG Story, ramai kenalan Coco meluahkan rasa sedih dan turut sama berdoa agar ibu temannya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.