Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kenapa Perlu Fokus Perkara Negatif?" - Ini Cara Azfar Heri Berhadapan Haters!

Asraf Aided
31/03/2021 11:20 MYT
Personaliti media sosial, Azfar Heri akui kerap menerima mesej berbaur kebencian dari netizen yang tidak menyukainya.

Namun menurut Azfar, dia lebih selesa untuk tidak terlalu memikirkan hal itu kerana ia tidak menggembirakan dirinya.

"Biasanya saya buat tak tahu saja, sebab apa yang kita buat memang akan ada orang yang tak suka.

"Kenapa kita perlu fokus pada perkara negatif berbanding positif? Saya lebih selesa fokus pada perkara-perkara positif kerana itu membuatkan saya bahagia," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Tambah Azfar, ada juga netizen yang menghantar mesej kebencian hanya untuk mendapat perhatian darinya.

"Saya pernah juga block orang, kadang-kadang ada yang hantar mesej negatif semata-mata untuk saya beri respon.

"Kalau saya terlalu geram, saya balas juga tapi dengan cara yang elok.

"Pernah jadi apabila saya balas, individu itu berasa gembira dan tidak meminta maaf pun atas kesalahan menghantar mesej berbentuk kebencian itu, saya pun hairan," katanya lagi.

Setakat ini, jumlah pengikut Azfar di Instagram telah mencecah 1 juta dan lebih 700 ribu pengikut di YouTube.



#Personaliti Media Sosial #Netizen #Media Sosial #Influencer #Haters #Azfar Heri