gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Abang Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah
HIBURAN
P Diddy Bersalah Kes Pelacuran, Terlepas Pertuduhan Pemerdagangan Seks
HIBURAN
Anggota 4U2C, Azam Nafi Semua 25 Lagu Milik Man Senoi - “Kecewa…70 Peratus Lagu Milik Kami”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Kenapa Ramai Pilih ISTAC Sebagai Lokasi Majlis? Ini Sebabnya…

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/07/2025
16:00 MYT
Sponsor Banner
Kenapa Ramai Pilih ISTAC Sebagai Lokasi Majlis? Ini Sebabnya…

Ditubuhkan dengan matlamat memperkasa ilmu Islam dalam konteks kontemporari, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) merupakan antara institusi penting di Malaysia yang menghimpunkan para cendekiawan tempatan dan antarabangsa dalam bidang pemikiran, tamadun dan falsafah Islam.

ISTAC diasaskan pada tahun 1987 oleh tokoh pemikir Islam terkemuka, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang juga merupakan pengarah pertamanya.

Institut ini bernaung di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dibangunkan sebagai sebuah pusat ilmu yang menggalakkan penyelidikan mendalam serta dialog peradaban antara dunia Islam dan Barat.

Lokasi & Seni Bina Memukau

Terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta, Kuala Lumpur, bangunan ISTAC bukan sahaja menjadi mercu tanda akademik, tetapi juga dikenali dengan seni bina Islam klasik yang mengagumkan.

Struktur bangunannya menampilkan reka bentuk berkubah (‘dome’) yang menyerupai gaya seni bina Andalusia dan Uthmaniyyah (Ottoman) simbol keagungan tamadun Islam yang meletakkan ilmu sebagai asas masyarakat yang cemerlang. Keanggunan reka bentuk yang menekankan simetri, kehalusan seni dan ketenangan ruang, menjadikan lokasi ini sangat istimewa dan menenangkan.

Bukan Sekadar Pusat Ilmu

Walaupun fungsi utama ISTAC adalah sebagai pusat penyelidikan dan pengajian pascasiswazah, ia juga memberi manfaat kepada masyarakat melalui pelbagai cabang seperti:

  • Pusat Penyelidikan & Pascasiswazah

  • Penerbitan Ilmiah

  • Pemeliharaan Identiti & Warisan Islam

Keindahan lokasi ini turut menjadikan ISTAC sebagai pilihan untuk pelbagai acara istimewa. Ramai dalam kalangan masyarakat termasuk golongan selebriti yang memilih ISTAC sebagai lokasi perkahwinan, penggambaran muzik video, serta acara ilmiah dan budaya.

Pilihan Artis & Majlis Eksklusif

Tidak hairanlah jika ISTAC kini menjadi lokasi popular bagi majlis keramaian, termasuk perkahwinan selebriti. Terbaharu, pelakon Ezlisa Loy memilih ISTAC sebagai tempat berlangsungnya majlis pernikahan, yang menerima pujian ramai kerana kelainan suasana dan elemen klasik Islam yang ditampilkan.

ISTAC juga pernah menjadi pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk penggambaran muzik video lagunya bertajuk Magis, membuktikan nilai estetika dan spiritual bangunan ini mampu mencetuskan inspirasi kreatif.
Topic Berkaitan
#Selebriti
#UIAM
#Majlis Kahwin
#ISTAC
#International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement