LAMAN UTAMA

“Kenapa Ramai Yang Benci Shima? Shima Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…” – Baby Shima

Fiza Kamarudin 15/11/2021 | 14:45 MYT
Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa sedih dan berasakan dirinya dibenci ramai walaupun tidak pernah mencari hal dengan sesiapa pun selama ini.
Baby Shima menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) berkata, perkara tersebut membuatkan dia terfikir mengapa dirinya dibenci tanpa sebab.
Menurut Baby Shima lagi, dua juga sudah tidak kuat untuk mengharungi semua ini.
“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima…Sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah korang…Tak pernah!
“Terus terang Shima cakap Shima dah tak kuat dengan apa yang Shima dah lalui sekarang. Boleh tak korang rasakan apa yang Shima rasa?” soalnya kepada pengikut di IG.
Menerusi ruangan komen Baby Shima turut mendapat kata-kata semangat daripada sahabat industri seperti Wani Kayrie, Damian, Ery Putra, Harry Khalifah dan juga Mimi Peri, pempengaruh media sosial dari Indonesia.
Selain itu, pengikut Baby Shima juga memberikan kata-kata semangat kepadanya dan memohon agar dia sentiasa positif serta tidak mempedulikan perkara negatif.
#Baby Shima #Kopi Dangdut #Gelek Dengan Spiderman