Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenapa Ririe Fairus Duduk Atas Gambar Nissa Sabyan Ketika Sesi Temu Bual Bersama Isteri Baim Wong?

Izwan Isa
01/02/2022 13:50 MYT
Bekas isteri Ayus Sabyyan, Ririe Fairus sebelum ini mendedahkan yang perkahwinan mereka terkandas di tengah jalan akibat isu perselingkuhan.

Selepas membuka cerita di saluran Youtube Maia Estianty, terbaharu, Ririe menjadi tetamu undangan menerusi saluran Youtube Baim Paula pula.

Menerusi sesi wawancara bersama isteri Baim Wong, Paula Verhoeven, Ririe ditanya beberapa soalan termasuklah bagaimana dia mendapat tahu bahawa suaminya sedang main kayu tiga.


Selepas bertanyakan beberapa soalan, Paula kemudian menunjukkan gambar Ayus dan Nissa Sabyan secara berasingan. Menerusi pertanyaan itu, Paula bertanya adakah Ririe akan memaafkan kedua-dua individu tersebut.

Ketika ditunjukkan foto Ayus, Ririe berkata yang dia sudah memaafkan bekas suaminya. Namun, dia tidak melupakan apa yang sang suami telah lakukan padanya.

"Ya saya sudah memaafkan dia. Sampai bila-bila pun saya akan bertemu dengan dia kerana dia adalah ayah kepada anak-anak kami. Soalnya saya tidak mahu pisahkan dia daripada anak-anak," terang Ririe.

Paula yang mendengar jawapan itu tertanya terkejut dengan kebesaran hati Ririe. Paula menyatakan bahawa Ririe merupakan sosok perempuan yang sangat sabar dan kuat.

Tak lama kemudian, Paula pun menunjukkan foto Nissa Sabyan. Paula bertanya apa yang akan dilakukan Ririe saat melihat foto itu.

"Aduh macam mana ya? Ok, dudukkan sajalah," kata Ririe seraya tertawa.

Aksi Ririe itu mendapat banyak perhatian daripada netizen. Ramai yang menganggap tindakan Ririe itu sebagai salah satu cara dia menunjukkan rasa kecewa terhadap Nissa.

Aksi Ririe Fairus yang menduduki foto Nissa Sabyan mendapatkan perhatian dari netizen. Mereka semua mengatakan jika itu adalah salah satu bentuk kekecewaan Ririe Fairus terhadap Nissa.

“Sedih sampai menangis. Semangat ya kak Ririe, biar dapat jodoh dunia akhirat dan anak-anak jadi anak yang soleh, sukses. Amin,” tulis seorang netizen.

"Semoga Kak Ririe tetap kuat dan tetap semangat ya. Semoga Kak Ririe bahagia selalu dengan anak-anak, dimudahkan rezekinya. Amin,” respons seorang lagi wargamaya.

Untuk rekod, Nissa Sabyan dikatakan menjadi penyebab retaknya rumah tangga Ririe dan Ayus sehingga menyebabkan mereka bercerai pada Mac tahun lalu.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Nissa Sabyan #Ayus Sabyan #Ririe Fairus
;