"Kenapa Saya Boleh Kurus? Dah 2 Tahun Saya Tak Makan Ayam & Daging" - Hanez Suraya

Kamaruddin Razal
Julai 12, 2018 14:52 MYT
Pelakon dan usahawan Hanez Suraya berkongsi tips tubuhnya kelihatan langsing biarpun setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.
Hanez menceritakan pengalamannya menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz, 33, mendirikan perkahwinan bersama usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais, 38, pada 25 Mac 2015.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang berusia dua tahun.
Teks: Kamaruddin Razal