Berita

"Kenapa Saya Seorang Ibu Tidak Memulakannya Dulu" - Anak Luah Mahu Pakai Hijab, Vicha Malu Dengan Diri Sendiri

gempak
ZULHILMI JALIL
07/04/2020
09:08 MYT
Sponsor Banner
"Kenapa Saya Seorang Ibu Tidak Memulakannya Dulu" - Anak Luah Mahu Pakai Hijab, Vicha Malu Dengan Diri Sendiri
Pelawak Vicha meluahkan rasa malu dengan diri sendiri selepas anak-anaknya menyatakan hasrat mereka untuk mengenakan hijab.
Menurut Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman, 32, sebagai seorang ibu, dia sepatutnya menjadi contoh buat puteri-puteri kesayangannya.
"Anak sulung saya DM di Instagram beritahu nak pakai tudung atau mahu berhijab. Ya Allah ibu mana yang tak gembira, lepas kakaknya minta, terus anak yang kedua WhatsApp cakap nak pakai hijab juga.
"Ya Allah tergerak malu dalam hati dengan anak-anak. Kenapa anak-anak je boleh berfikir mahu pakai hijab, kenapa saya sebagai seorang ibu tidak memulakannya terlebih dulu," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Good morning semua yg ada dekat instagram ? saya just nak sharing rasa terharu and bahagia jadi semalem tiba2 anak pertama saya dm di instagram dia cakap nak pakai kerudung atau mau berhijab katanya ya allah ibu mana yang x happy, lepas kakanya minta terus anak yg no 2 wtsp cakap nak pakai hijab juga ? ya allah tergerak malu dalam hati dengan anak2 , kenapa anak2 aja bisa berfikir mau pakai hijab kenapa saya sebagai seorang ibu tidak memulainya duluan , insyaallah siapa yg gak mau berubah menuju kebaikan kita doa yg baik2 yaa , ya allah doa saya selalu gak pernah berhenti untuk selalu jaga anak2 saya yang jauh di sana ?? , insyaallah bulan puasa ini kita kumpul lagi yaa di malaysia macam tahun lepas, ya allah semoga masalah covid 19 ni bisa cepat selesai ya allah ? rindu dengan mereka tapi macam mana saya kena cari rezeki dekat sini untuk mereka juga yg terpenting doa saya selalu ada untuk mereka ambu sayang anak2 ambu ???❤? #myprayalwayswithyou
A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie) on
Menerusi posting tersebut, Vicha yang merupakan pelawak dari negara jiran turut berkongsi paparan mesej yang dikirim anak-anaknya itu yang tinggal berjauhan di Indonesia.
Dalam pada itu, katanya dia berharap dapat bertemu dengan anak-anaknya untuk menyambut Ramadan bersama-sama di Kuala Lumpur.
"Ya Allah, semoga masalah Covid-19 ini cepat selesai. Rindunya dengan mereka tapi macam mana saya kena cari rezeki di sini untuk mereka juga.
"Doa saya tak pernah berhenti agar Allah jaga anak-anak saya yang jauh di sana. Insya-Allah bulan puasa ini kita kumpul lagi di Malaysia seperti tahun lepas," katanya.
Vicha yang merupakan ibu tunggal mempunyai tiga anak iaitu, Aurel Angelina Khezya, 11, Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8, yang kini menetap di Bandung, Indonesia.
Vicha mula membina nama di Malaysia sejak penglibatannya dalam Maharaja Lawak Mega pada 2013 bersama kumpulan SayWho.
Jadi, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Vicha di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live