Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Kenapa Tak Nampak Macam Mak Orang Ni?” – Jawab Pertanyaan Netizen, Mawar Rashid Kongsi Tips

Azwa Rahman 06/02/2020 | 08:04 MYT

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan beberapa tips untuk pada wanita kekal cantik dan fit biar pun bergelar ibu beranak satu.

Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi rahsia dirinya yang sentiasa kelihatan muda remaja untuk tatapan umum.

“Mekwa kenapa tak nampak macam mak orang ni? Mekwa pun tak tahu apa maksud korang tak macam mak-mak tu. Adakah perangai jenis happy go lucky dan mudah terhibur? Atau sebab kurus? Haha,” tulis Mawar menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Mawar turut memberi peringatan kepada semua wanita agar sentiasa gembira dan tidak terlalu serius menjalani kehidupan.

“MekWa kenapa tak nampak macam mak orang ni?”-kata orang2 • MekWa pun tak tau apa maksud korang tak macam mak2 tu. Adakah prangai jenis happy go lucky dan mudah terhibur? Atau sbb kurus? Haha • Honestly, pasal happy go lucky tu mungkin sebab MekWa fikir life is too short to be serious. And bila kita happy, kita akan release endorphins (sejenis hormone yang bagus and sihat) • Pastu badan pulak, MekWa memang tengah diet. Kurangkan nasik, cut terus gula. Dulu mkn banyak tak kan gemuk. Skrg ni lepas ada anak, diet pun berat tetap naik. Nak kene diet and exerciseeee ? but it’s okay. It’s healthy to exercise. • Sape nak MekWa share makanan apa MekWa makan hari2? ? Shre kat IG story jeee.. ok bye mesti tak de org nak tahu pun kan. Hahahahha. Follow @mawarashid2nd • Baju from @psychedelicstore • Mua & hairdo by @syhimran77

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Bila kita happy, badan kita akan mengeluarkan endorphin, sejenis hormone yang bagus dah sihat,” tulis Mawar lagi.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kecantikan ibu muda ini.

“Awww, cantiknya Mekwa!” puji seorang wargamaya.

“Nak tahu jugak, kongsi la tips tu,” pinta seorang wargamaya.

“Please kongsi tips Mekwa. Cantik dan comel as always, kita pun suka tengok Mekwa. Happy je,” tulis seorang wargamaya.

“Mekwa kongsi la apa menu makanan Mekwa setiap hari,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Mawar dan suaminya pelakon Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

#Selebriti #Awet Muda #Ibu Bapa
;