Berita

“Kenapa Waktu Di Mekah Boleh Jaga Aurat, Tapi Balik Malaysia Tak Tutup Aurat Sempurna?”- Mila Jirin

gempak
Syafiqah Jalal
08/02/2019
08:38 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Waktu Di Mekah Boleh Jaga Aurat, Tapi Balik Malaysia Tak Tutup Aurat Sempurna?”- Mila Jirin
Penyanyi Mila Jirin akui timbul pelbagai persoalan dalam hatinya selepas pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.
Antaranya adalah tentang istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna selepas pulang dari tanah suci Mekah.
Menurutnya, dia mula menyedari ramai termasuk dirinyaa hanya menjaga aurat ketika berada di Mekah, tetapi lupa untuk membuat perkara yang sama apabila pulang ke tanah air.
Justeru, Mila berharap dan berdoa agar Tuhan membimbingnya supaya terus istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna.
“Semenjak balik dari Umrah... banyak sangat yang saya fikirkan tentang "ISTIQAMAH" .... Hati seperti berbicara dengan diri sendiri "Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya...kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???"
“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya... BENAR...MALU nya pada ALLAH ...Waktu mengejakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya...Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat...tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.... Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH... “Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” tulisnya.
Mila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Mila serta sama-sama mendoakannya istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna
A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live