Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kenapalah Kena Seksa Diri Macam Ni"- Janna Nick Exercise Hingga Hampir Pitam

Syafiqah Jalal
02/05/2023 06:46 MYT
Pelakon dan pengacara Janna Nick hampir putus asa hendak menurunkan berat badan dengan bersenam.

Malah Janna turut tertanya mengapa dia perlu menyeksa dirinya untuk melakukan senaman hingga didakwa hampir pitam.

"Kadang kadang saya terfikir, kenapa la kena seksa diri sampai macam ni. Exercise sampai rasa macam nak pitam eh," kongsinya

Janna meluahkan rasanya di akaun Instagram peribadi miliknya.

Menerusi hantaran itu juga dia memuat naik fotonya yang difahamkan baru sahaja selesai melakukan senaman di sebuah gim.

Tambah Janna dia terpaksa bersenam supaya dapat memenuhi keinginannya yang suka makan.

"Jawapan dia sebab I want to eat good food . Bestnya la jadi orang yang makan, melantak 2-3 pinggan pun tak gemuk gemuk.

"Tapi takpe la exercise pun actually good for your mental health.

"Cuma nak start balik lepas bulan puasa ni rasa macam…aduhhhh beratnyaaaa," luahnya lagi.

Kemaskini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata yang memberi pelbagai realsi termasuk memahami dirinya.

"Now I know I'am not alone, melantak pastu exercise bagai nak rak," komen salah seorang pengguna laman sosial.

"Betul, senaman ni buat badan ringan bukan semata mata nak kurus doakan saya juga," kata salah seorang netizen.
#Janna Nick #Pitam #Exercise
;