Hiburan

"Kenduri Sebelah Lelaki Selepas Pandemik Selesai" - Ibu Mentua Mira Filzah

gempak
Amri Hassan
09/09/2020
10:15 MYT
Sponsor Banner
"Kenduri Sebelah Lelaki Selepas Pandemik Selesai" - Ibu Mentua Mira Filzah
Ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah, Datin Mastura Mohd Yazid memberitahu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan dilangsungkan selepas pandemik COVID-19 reda.
Jelas Mastura, keluarganya kini sedang membuat persiapan untuk majlis bertandang itu yang akan diadakan secara bersederhana.
"Selesai sudah semua majlis walimatul urus di sebelah keluarga Amirah (Mira Filzah). Sangat sempurna dan meriah. Saya sekeluarga amat menghargainya.
"Kini, saya mula membuat persiapan majlis kenduri sebelah pengantin lelaki pula.
"Ia akan diadakan setelah situasi pandemik COVID-19 ini reda dan mengizinkan. Majlis akan diadakan secara sederhana," maklum Mastura.
Mastura yang turut bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) turut berkongsi foto menarik sepanjang majlis pernikahan anaknya, Wan Emir Astar dan Mira minggu lalu.
Mira dan Wan Emir telah selamat disatukan dalam majlis pernikahan gilang-gemilang pada 3 September lalu.
Dua majlis resepsi kemudiannya berlangsung pada 4 dan 6 September masing-masing di Le Meridien Putrajaya dan A-Park Puchong.
BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir
BACA: Kena Reject Banyak Kali, Wan Emir Dedah Cabaran Nak Dekati Mira Filzah
BACA: “Cantik Semua Cantik, Macam Dekat Galaxy” - Pelamin Mewah Mira Milzah Buat Ramai Kagum!
BACA: Pants Dress Biru Mira Filzah Jadi Bualan Netizen, Rico Rinaldi Siapkan Dalam Masa 130 Jam Saja!
BACA: Sweet! Ramai Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah & Wan Emir Wallpaper Handphone
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live