Percaya atau tidak, seorang paderi di Afrika Selatan mendakwa kentut yang dihasilkan daripada badannya mampu menyembuhkan penyakit.

Menerusi laporan Suara.com, Christ Penelope yang berasal dari Bandar Siyandani, Limpopo yakin mampu merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit.

Jelasnya, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.

"Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka," katanya.

Biarpun ramai yang percaya, namun tindakan Penelope telah mendapat bantahan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya mencemarkan nama baik gereja.

"Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kami," kata paderi di gereja SevenFold Holy Spirit.

Difahamkan, ramai penduduk tempatan mempercayai teori berkenaan, malah sanggup beratur lama menunggu giliran.

Ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya.

Sekadar info, bau kentut sebelum ini didakwa mampu menghindari daripada penyakit jantung dan kegagalan buah pingggang.

Perkara itu dinyatakan oleh sebuah kajian University of Exeter in the United Kingdom.

Anda boleh baca di sini.