Hiburan

Kenyataan Melampau Melibatkan Agama, Aamir Khan Dikritik Hebat

gempak
Ahmad Shah
25/11/2015
17:21 MYT
Sponsor Banner
Kenyataan Melampau Melibatkan Agama, Aamir Khan Dikritik Hebat
Aktor Aamir Khan menerima kritikan hebat ramai pihak selepas kenyataannya mengenai sikap tiada tolenrasi masyarakat Hindu terhadap Islam di India.
Jelas Aamir Khan, dia sering dikejutkan dengan pelbagai insiden tidak diingini selain mengakui isterinya, Kiran Kao ada menyatakan hasrat mahu meninggalkan India kerana terancam dengan keselamatan diri dan keluarga.
“Saya sangat terkejut apabila Kiran menyuarakan pendapat mahu keluar dari India. Dia sangat takut dengan nasib anak-anak kami kerana masalah ketegangan yang sering berlaku yang harus kami hadapi setiap hari.
“Dia takut untuk membaca Al-Quran setiap hari. Ini menunjukkan keresahan yang tersimpan di dalam dirinya,” ujar Aamir Khan.
Jelas Aamir lagi, dia sering menerima ugutan dari pelbagai pihak yang tidak menyukainya dan berharap pihak berwajib agar segera mengatasinya masalah tersebut.
“Sebagai salah seorang warganegara India, saya sering menerima ugutan dan telah melalui perkara yang sama setiap masa. Bukankah kita harus merasa aman dan damai kerana keadilan akan menyumbangkan kepada kesejahteraan kepada semua,” jelasnya lagi.
Akibat daripada kenyataan tersebut, Aamir Khan dihentam hebat oleh penduduk di India termasuk ahli-ahli politik mahupun di kalangan rakan selebriti.
Malah sekumpulan mereka yang beragama Hindu bertindak melakukan demo di hadapan rumah Aamir Khan kerana tidak bersetuju dengan kenyataannya yang dilihat sangat melampau.
Olahan Semula : Khalid Rahman
Sumber: Zee News, Filmi Beat, DNA India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024