Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Kenyataan Mengenai Travel, Neelofa Minta Jangan Salah Tafsir –“Maksud Saya Ditujukan Kepada…”

Syafiqah Jalal 04/01/2023 | 09:16 MYT
Pelakon Neelofa mohon agar tidak salah faham mengenai kenyataannya sebelum ini tentang menjadikan masa melancong untuk dijadikan ‘content’ atau kandungan media sosial sahaja.
Tegas Neelofa dia tidak menujukan pesanannya itu kepada mana-mana individu tertentu.
“Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini (Malaysia) semata-mata untuk buat kandungan ,media sosial.
“Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” katanya.
Isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz berkongsi perkara itu di akaun Instagram (IG) Story miliknya.
Malah, Neelofa mengaku dia juga akan melakukan hal serupa jika pergi bercuti dengan mengambil gambar dan video dan memuat naik ke media sosial.
Walau bagaimana pun Neelofa mahu mengubah tabiat tersebut.
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja.
“Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebih menikmati atau menghargai momen tersebut,” ujarnya lagi.
Justeru, Neelofa meminta agar media dan netizen tidak memutarbelitkan kenyataannya sehingga melibatkan nama selebriti lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang saya ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka.
“Buat orang yang mengapi-apikan, berhentilah. Saya tiada niat untuk tujukan kepada sesiapa,” ujarnya.
Sebelum ini kenyataan Neelofa mengenai percutian yang dijadikan kandungan media sosial telah membuat netizen mengaitkan Fazura yang ketika itu bercuti bersama keluarga di Amsterdam.
Malah netizen mula membanjiri ruangan komen di IG Fazura menerusi videonya yang sedang bercuti di luar negara.
“Aku ni bukanlah fans Neelofa ke Fazura tapi rasanya mereka tak ada masalah pun. Kenapa netizen yang jadi batu api dan melaga-lagakan?”komen salah seorang netizen.
“Entah-entah dia tidak tujukan kepada Fazura. Netizen sahaja yang lebih-lebih,” kata salah seorang warga maya.
#Neelofa #Travel #Kenyataan #Tafsir
;