"Kepada Anda Yang Rindu Pergi Gym...Saya Faham" - Zul Ariffin

Asraf Aided
April 24, 2020 11:05 MYT

Aktor popular Zul Ariffin memahami perasaan orang ramai yang rindu untuk bersenam di gymnasium.

Menurut Zul, meskipun sentiasa berasa malas untuk ke gymnasium sebelum ini, namun dia mahu melakukan pembaharuan selepas detik sukar ekoran krisis COVID-19 ini berakhir.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Kepada yang rindu untuk pergi bersenam ke gym, saya faham perasaan anda semua!

"Walaupun sayalah orang yang paling malas untuk pergi ke gym, tetapi, selepas semua ini berakhir, mari kita buka lembaran baru," tulis Zul sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, teraju utama filem Sangkar ini mengajak orang ramai untuk muhasabah diri di bulan Ramadan ini.

"Kepada semua Muslim, Ramadan dah sampai! Yayy! Lebih banyak sebab untuk kita muhasabah diri dan memikirkan tentang tujuan kita dalam kehidupan," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul turut menulis ucapan sempena menyambut Ramadan kepada pelakon kesayangan mereka itu.

Sekadar info, Zul mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.
#Zul Ariffin #PKP #Gym