Tahun baru 2019 membuka halaman baru dalam hidup setiap individu, termasuk juga golongan selebriti.

Berkongsi resolusi tahun baru 2019, penyanyi yang menghidap barah limfoma tahap empat, Elyana punyai perspektif tersendiri.

"Terima kasih 2018 kerana banyak meninggalkan kenangan-kenangan indah... Semua yang pahit telah aku tukar kan menjadi manis semuanya...

"Kepada musuh ku KANSER, please be nice to me... dah tahun 2019 dah, tak boring ke 8 tahun duduk dalam badan saya?" tulisnya menerusi entri di Instagram.

Malah, ucap Elyana dia mahu dirinya terus menjadi lebih kuat daripada segi mental dan fizikal untuk melangkah lebih jauh tahun ini.

"Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal...tetap lah menjadi diri mu... Tetap lah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.

"Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa. Sebab saya tau awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia yang lebih baik!

"Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019. Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah... Terima kasih korang semua untuk tahun 2018," tambahnya.

Terima kasih 2018 kerana banyak meninggal kan kenangan-kenangan indah...semua yang pahit telah aku tukar kan menjadi manis semua nya... Kepada musuh ku KANSER, pleaseeee be nice to me...dah tahun 2019 dah, tak boring ke 8 tahun duduk dalam badan saya? Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal...tetap lah menjadi diri mu... tetap lah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.. Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa. Sebab saya tau awak kuat Nana! Semoga menjadi Manusia yang lebih baik! Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019. Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah... Terima kasih korang semua untuk tahun 2018...

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on


Elyana turut berkongsi fotonya bersama lukisan mural wajahnya yang diabadikan di dinding sebuah bangunan di Senawang, Negeri Sembilan.

Cerita ketabahan Elyana berjuang mengharungi penyakit kanser itu mengejutkan umum menerusi pendedahan pada konsert Gegar Vaganza 4 (2017) lalu.

Semoga Elyana terus kuat!